Assalamualaikum. Holaa!
Walaupun trip & treat ni dah berbulan berlalu tapi aku still nak share. maklum lah baru insofff nak istiqomah berbelog ni, so aku cerita lah apa yang patut. gambar pun tak banyak mana, aku share mana yang dan aku ambil je ye.
planning nak singgah melaka ni memang selalu kteorg laki bini buat. haha. setiap kali planning, setiap kali tu akan tanya sesama sendiri, tak boring ke melaka. HAHAHA! entoh ek, walaupun aku duduk melaka dulu masa zaman study, menganggur dan kerja sementara makan 4 tahun jugak lah tapi still tak boring dengan melaka. melaka mengajar aku erti dewasa. ecehhhh. dan pakhincik (incik suami) kesayangan aku tu pun sebenarnya dah boring dengan melaka. sebab dulu dia bercinta dekat melaka. hahahaha. aku cuma saksi cinta mereka sudahnya dia pulokk jadi laki aku. heeeee. oke melalut.
sebenarnya, pakhincik memang plan nak bawak jalan on my birthday. dia cakap tak pernah buat trip mcm tu. means trip birthday gituu la gamaknya. birthday aku 2nd may dan disebabkan kawan kecik2 aku kat kampung kawen pada 29hb April, pakhincik pun suruh planning otw balik dari kampung (kluang, johor) kita singgah melaka. aku pun dengan senang hatinya terus on
booking.com . aku rasa ni je lah kot web yang aku pandai nak handle haha. check harga hotel mana yang murah. pakhincik cakap pilih je mana yang berkenan. makhincik apa lagiiiiiiii. hahaha.
THE SHORE HOTEL & RESIDENCES
aku pun tak sure kenapa aku pilih the shore ni. walaupun hakikatnya aku gayat ya amat. hahaha. dah lama aku tak pergi melaka dan aku tahu ni tarikan terbaru yang ada di melaka. ramai yang cerita pasal lepak atas rooftop bangunan yang tinggi ya amat ni. eh memang idok laa aku nak pergi atas nun. bilik aku yang dekat floor 39 pun aku gayat nak pergi balkoni apa tah lagi nak jalan riang ria kat rooftop dia.
aku tak ambil gambar banyak. kalau waktu tu memang aku plan nak berblog mungkin penuh gambar aku dalam entry ni. tapi sayang, masa tu aku just fikir nak enjoy je dengan incik suami.
 |
view dari tingkat 39. *gigil lutut* |
bila orang minta review the shore ni aku cakap best je. especially pada yang ada anak kecil, sebab swimming pools dia best. mesra kanak-kanak gitu. rate harga pulak okey laa utk rakyat marhaen mcm aku ni. heee. sebab tu aku suka booking.com. harga murah sikit banding web lain. plus, kalau ada rezeki kau buka web time ada deal. rezeki hari jadi aku cakap kat pakhincik sebab masa nak booking ada deals. dari harga 200++ aku dapat 150. hee. murah la sikit kan. dapat jimat. heee. tapi yang tak bestnya sebab aku check in lambat dalam pukul 6 petang so aku tak dapat bilik katil double. dapat single yang double jee. xpe, janji boleh tidur.
ehem. haha.
 |
swimming pool. abaikan kaki mak datin ni. haha |
 |
view dari swimming pool. swimming pool ni dekat floor 9. |
dekat the shore ni ada gym and sauna jugak, sebab masa tak banyak mana, so aku tak dan la nak menziarah dua tempat tu. baik aku pergi mamak, perkena roti sardin. hahaha. *sila kecam*
 |
view dari kedai mamak depan the shore. aku lupa nama dia apa, tapi roti sardin dia sedap. haha. |
untuk siapa yang tak tahu, the shore ni ada juga shopping mall dia. kira, banyak juga tarikan dia. dan dalam bangunan yang sama, terdapat lagi sebuah hotel. Swiss Garden Hotel. next time aku nak try stay Swiss Garden pulak, nak tengok ada beza ke dengan The Shore ni.
lepas je checkout dalam pukul 11.30 kami terus gerak pergi bandar. sebab kan aku ni birthday girl hari tu, so aku mengada ngada la skit. haha. aku ajak pakhincik pergi bangunan merah. aku rindu. dulu-dulu tu la port wajib aku, tak ada buat apa, just duduk tengok orang haha.bila rajin aku keluarkan dslr tangkap apa yg patut. tapi kali ni tak dan laa, aku just teringat cendol jam besar tu je. haha dengan H&M melaka yang baru tu. walaupun dekat2 rumah ni bersepah h&m, tetap jugak aku nak masuk H&M sana. tak beli apa pun, just perkena aircon je. hahaha sejukkan badan. melaka kan panas ya amat. fuh.
masa tu dah tengahari, tengah fikir2 nak makan apa, pakhincik suruh request je apa-apa. masa tu aku just fikir nak minum mangga float je. haha tapi sebab dah melantak cendol special dekat cendol jam besar depan bangunan merah tu, memang idokk la nak berfloat bagai.
HARD ROCK CAFE MELAKA
tetiba pakhincik ajak lunch dekat HRC ni, aku terbeliak jugak. betul ke ni. haha kalau ikut aku nak makan nasi campur kedai makcik depan rumah sewa lama dulu kat peringgit je tapi pakhincik tak nak. kan birthday hari ni, hahaha. teringat plak yang aku ada register member vip hard rock so ada lah dapat birthday reward. cepat-cepat check email. dapat buy 1 free 1 makanannya. hahaha. berdesub laki bini masuk HRC. tu first time aku masuk HRC Melaka. crew dia semua best gile, siap ambil order duduk sekali dengan kita. suggest apa yang patut.
memula aku decide nak ambil lunch set, murah sikit. rm38 tak silap. sekali crew yang ambil order tu perasan email dekat hp aku, dia pun suggest guna reward tu. aku fikir bila lagi kan, aku ni ntah bila nak pergi HRC lagi. aku ambil menu yang murah je, tengok harga semua memang belanja habisssss. pakhincik ikut je aku nak order apa. dia makan je, hee.
 |
aku punya.. sebab aku acah2 diet, aku order sandwich je. tapi rasa dan portion memang terbaik. besar bak hang portion dia. boleh kongsi dua orang. haha |
 |
pakhincik punya. pakhincik memang hantu fish&chip. rupa tak ada, tapi rasa pun power. portion pun besar gilerr babas. sampai tak habis, kteorg tapau bawak balik. haha. |
tapi dalam sedap2 dua benda ni, aku paling suka fries dia. haha siap ajak pakhincik repeat lagi nanti sebab nak makan french fries je. hahahaha.
 |
best nya kalau dapat jacket the beatles tuuu. TT |
 |
acara wajib. haha. sengaja aku letak watermark kat situ. hahaha. |
okey, settle trip&treat aku untuk tahun ni. sekarang aku lak tengah pening nak buat apa untu birthday pakhincik. adehhhhh. sorry lah kalau tak banyak info boleh share. kalau korang nak tanya apa-apa boleh je comment atau email aku kat sini.
yunhanida@gmail.com
byebye.
muah!