nuffnang ads

Jul 19, 2017

Birthday Trip & Treat : The Shore Hotel & Residences + Hard Rock Cafe Melaka

Assalamualaikum. Holaa!


Walaupun trip & treat ni dah berbulan berlalu tapi aku still nak share. maklum lah baru insofff nak istiqomah berbelog ni, so aku cerita lah apa yang patut. gambar pun tak banyak mana, aku share mana yang dan aku ambil je ye.

planning nak singgah melaka ni memang selalu kteorg laki bini  buat. haha. setiap kali planning, setiap kali tu akan tanya sesama sendiri, tak boring ke melaka. HAHAHA! entoh ek, walaupun aku duduk melaka dulu masa zaman study, menganggur dan kerja sementara makan 4 tahun jugak lah tapi still tak boring dengan melaka. melaka mengajar aku erti dewasa. ecehhhh. dan pakhincik (incik suami) kesayangan aku tu pun sebenarnya dah boring dengan melaka. sebab dulu dia bercinta dekat melaka. hahahaha. aku cuma saksi cinta mereka sudahnya dia pulokk jadi laki aku. heeeee. oke melalut.

sebenarnya, pakhincik memang plan nak bawak jalan on my birthday. dia cakap tak pernah buat trip mcm tu. means trip birthday gituu la gamaknya. birthday aku 2nd may dan disebabkan kawan kecik2 aku kat kampung kawen pada 29hb April, pakhincik pun suruh planning otw balik dari kampung (kluang, johor) kita singgah melaka. aku pun dengan senang hatinya terus on booking.com . aku rasa ni je lah kot web yang aku pandai nak handle haha. check harga hotel mana yang murah. pakhincik cakap pilih je mana yang berkenan. makhincik apa lagiiiiiiii. hahaha.


THE SHORE HOTEL & RESIDENCES

aku pun tak sure kenapa aku pilih the shore ni. walaupun hakikatnya aku gayat ya amat. hahaha. dah lama aku tak pergi melaka dan aku tahu ni tarikan terbaru yang ada di melaka. ramai yang cerita pasal lepak atas rooftop bangunan yang tinggi ya amat ni. eh memang idok laa aku nak pergi atas nun. bilik aku yang dekat floor 39 pun aku gayat nak pergi balkoni apa tah lagi nak jalan riang ria kat rooftop dia.

aku tak ambil gambar banyak. kalau waktu tu memang aku plan nak berblog mungkin penuh gambar aku dalam entry ni. tapi sayang, masa tu aku just fikir nak enjoy je dengan incik suami.

view dari tingkat 39. *gigil lutut*

bila orang minta review the shore ni aku cakap best je. especially pada yang ada anak kecil, sebab swimming pools dia best. mesra kanak-kanak gitu. rate harga pulak okey laa utk rakyat marhaen mcm aku ni. heee. sebab tu aku suka booking.com. harga murah sikit banding web lain. plus, kalau ada rezeki kau buka web time ada deal. rezeki hari jadi aku cakap kat pakhincik sebab masa nak booking ada deals. dari harga 200++ aku dapat 150. hee. murah la sikit kan. dapat jimat. heee. tapi yang tak bestnya sebab aku check in lambat dalam pukul 6 petang so aku tak dapat bilik katil double. dapat single yang double jee. xpe, janji boleh tidur. ehem. haha.

swimming pool. abaikan kaki mak datin ni. haha

view dari swimming pool. swimming pool ni dekat floor 9.
dekat the shore ni ada gym and sauna jugak, sebab masa tak banyak mana, so aku tak dan la nak menziarah dua tempat tu. baik aku pergi mamak, perkena roti sardin. hahaha. *sila kecam*

view dari kedai mamak depan the shore. aku lupa nama dia apa, tapi roti sardin dia sedap. haha.

untuk siapa yang tak tahu, the shore ni ada juga shopping mall dia. kira, banyak juga tarikan dia. dan dalam bangunan yang sama, terdapat lagi sebuah hotel. Swiss Garden Hotel. next time aku nak try stay Swiss Garden pulak, nak tengok ada beza ke dengan The Shore ni.

lepas je checkout dalam pukul 11.30 kami terus gerak pergi bandar. sebab kan aku ni birthday girl hari tu, so aku mengada ngada la skit. haha. aku ajak pakhincik pergi bangunan merah. aku rindu. dulu-dulu tu la port wajib aku, tak ada buat apa, just duduk tengok orang haha.bila rajin aku keluarkan dslr tangkap apa yg patut. tapi kali ni tak dan laa, aku just teringat cendol jam besar tu je. haha dengan H&M melaka yang baru tu. walaupun dekat2 rumah ni bersepah h&m, tetap jugak aku nak masuk H&M sana. tak beli apa pun, just perkena aircon je. hahaha sejukkan badan. melaka kan panas ya amat. fuh.

masa tu dah tengahari, tengah fikir2 nak makan apa, pakhincik suruh request je apa-apa. masa tu aku just fikir nak minum mangga float je. haha tapi sebab dah melantak cendol special dekat cendol jam besar depan bangunan merah tu, memang idokk la nak berfloat bagai.


HARD ROCK CAFE MELAKA


tetiba pakhincik ajak lunch dekat HRC ni, aku terbeliak jugak. betul ke ni. haha kalau ikut aku nak makan nasi campur kedai makcik depan rumah sewa lama dulu kat peringgit je tapi pakhincik tak nak. kan birthday hari ni, hahaha. teringat plak yang aku ada register member vip hard rock so ada lah dapat birthday reward. cepat-cepat check email. dapat buy 1 free 1 makanannya. hahaha. berdesub laki bini masuk HRC. tu first time aku masuk HRC Melaka. crew dia semua best gile, siap ambil order duduk sekali dengan kita. suggest apa yang patut.

memula aku decide nak ambil lunch set, murah sikit. rm38 tak silap. sekali crew yang ambil order tu perasan email dekat hp aku, dia pun suggest  guna reward tu. aku fikir bila lagi kan, aku ni ntah bila nak pergi HRC lagi. aku ambil menu yang murah je, tengok harga semua memang belanja habisssss. pakhincik ikut je aku nak order apa. dia makan je, hee.

aku punya.. sebab aku acah2 diet, aku order sandwich je. tapi rasa dan portion memang terbaik. besar bak hang portion dia. boleh kongsi dua orang. haha

pakhincik punya. pakhincik memang hantu fish&chip. rupa tak ada, tapi rasa pun power. portion pun besar gilerr babas. sampai tak habis, kteorg tapau bawak balik. haha. 
tapi dalam sedap2 dua benda ni, aku paling suka fries dia. haha siap ajak pakhincik repeat lagi nanti sebab nak makan french fries je. hahahaha.

best nya kalau dapat jacket the beatles tuuu. TT

acara wajib. haha. sengaja aku letak watermark kat situ. hahaha. 
okey, settle trip&treat aku untuk tahun ni. sekarang aku lak tengah pening nak buat apa untu birthday pakhincik. adehhhhh. sorry lah kalau tak banyak info boleh share. kalau korang nak tanya apa-apa boleh je comment atau email aku kat sini. yunhanida@gmail.com 

byebye. muah!

Jul 15, 2017

Azam Baru Tengah Tahun! 2k17

First of all, mari kita berhuhu dulu. 

HAHAHAHA!

Salam peeps! mood raya masih ada dan aku pula tibatiba rindu nak menulis. so semoga azam pertengahan tahun yang muncul ni buat aku rajin menulis. azam setiap tahun masih seperti biasa. tetap dengan azam nak kurus, kurus dan kurus.. tapi badan tetap jugak macam kena pam. nak pulak lepas raya ni, makin menjadi la kadar kena pam tu.. 

lemak lepas raya ni memang tak boleh nak elak. membiak dengan jayanya. tapi bila nak mula diet semula rasa bercinta sangat. ya rabbi, mohon datangkan keinsafan buat seorang yuyun iniiii. 

serius, tiba tiba rajin sangat nak mula berbelog, ada lagi ke orang baca belog ye? eh yang lebih tepat ada ke orang baca belog awak ni oh yuyun oiiiiii. HAHAHA! bila tetiba keinsafan nak berbelog ni hadir, benda pertama aku buat bukannya terus buka laptop dan berblog tapi aku terus whatsapp seorang kawan baik kesayangan aku. dia pun blogger jugak. lagi femes weyy. *insaf lagi seorang yuyun* dia bagi semangat pada aku untuk mula menulis. maybe sebab dia tahu aku memang minat menulis kot. dia asyik lah tanya dah mula belog belum. haha. bila semangat tu dah mariiiii. terus la charge laptop yang dah berkurun tersadai tersidai ni. haha. dan ni baru mula belek belek belog yang hampir reput ni.

doa lepas raya ni, semoga istiqomah lah seorang yuyun untuk terus menulis. mohon seorang yuyun jangan kawan dengan 'malas' tu sangat. haha. 

lepas ni, nak update lebih banyak tentang misi kurus, k-drama, misi hidup seorang yuyun dan kehidupan yang tak berapa nak menarik seorang yuyun jugak akan cuba dikongsi. harap ada la yang sudi singgah blog sendu ni. heeeeeeeeeeeee.
 
oh lupa!

Selamat Hari Raya korang! tak hipster lah kalau tak taip SHRMZDB! hahaha!


Bye!

Jan 7, 2016

Hello. its me. :p

2016! jyeah!



tittle ala2 Adele sangat. mihihi. so, dah masuk tahun baru. azam baru? ke guna azam tahun lepas? ke azam tahun lepas tu pun tahun lepas lepas punya? betul kan? tipu dosa! hihihi.

dah berbulan berabuk, akibat daripada incik lappy yang merajuk. dia punya merajuk bukan main lagi. hampir putus terpaksa hakak. feeling nana GV pulak. hiiii.

cerita tahun baru, azam baru. benda ni memang sinonim sangat. kenapa kena letak azam di tahun baru? dan kenapa perlu letak azam yang sama. hihi. entah aku pun tak tahu.

azam 2016 aku?

  • terus kurus. 
  • kumpul duit
  • plan bisnes baik punyaaaa. 
  • rajin membelogkan diri. 

ha semoga tercapai laaa ye yuyun. rasanya ni azam tahun lepas lepas lepas lepas nya jugak ni. huuu sabauu aje laa.

apa azam tahun lepas korang?

Sep 14, 2015

DIET : Jom makan nasi.

Assalamualaikum. hello uols! 

sihat ke idok? dah start diet ke? dah kurus ke belum? berat berapa? :)

ada satu soalan cepu emas tulen 24karat nak tanya ni, kenapa orang kita kalau cerita pasal diet je mesti tanya..

"Kau tak makan NASI ke?"

cepu emas kan? tapi cemas hakak dibuatnya. mihihi.bkn cemas apa pun, cemas nak bagitahu saya diet tapi saya makan nasi, hari-hari. ye, SAYA MAKAN NASI SETIAP HARI CIKGU!! heeee. macam mana ye kita nak buang stigma negatif orang kita tentang nasi tu penyebab kegemukkan? bila dah set nak diet, terus buang beras. hihi. pastu makan karipap 3 ketui masa sarapan, lunch makan lauk ayam goreng dua ketui, sayur tak makan alergic katanya, tengok plak kat ada jual kuih lebih pagi tadi. so ambil la seri muka dua potong, kononnya dessert. malam tak makan nasi, minum milo je. cecah roti 4 keping. baru lah kenyang. gitu ke diet hakak abang adik sekalian? ohhhhhh tidakk! 

first of all, saya bukan pakar. samada pakar pemakanan, pakar kesihatan ataupun pakar memasak. saya cuma insan lemah yg badan berat gajah yang cuba menjaga kesihatan dengan menjaga pemakanan. ini amaran ye. tolong jgn kecam saya. 

tolong mengaku, berapa ramai yang cuba diet tak makan nasi dapat bertahan dua minggu atau sebulan je? lepas tu putus asa, balas dendam makan nasi lemak sotong dua pinggan? aku dulu macam tu! huaaa! sejujurnya. bila cuba diet dan tolak nasi diet aku mesti tak bertahan lama. paling lama sebulan lepas tu lemau seluruh badan. 

percaya lah wahai semuaaaaa, bahawasanya nasi itu tak berdosa! yang berdosanya kita. nasi memang sejenis karbo yang berat. yg ramai org cuba elak kalau diet. tapi korang tak tahu roti putih kosong 4 keping yang korang makan tu jumlah kalori dia lagi banyak dari satu setengah cawan nasi putih. 

Roti putih 4 keping  : 314 kalori
Nasi putih (satu setengah cawan) : 260 kalori

terkejut?

haa! kan dah kobar. nasi tak salah, bila rasa nasi bersalah kita ganti dengan roti putih berkeping2 atau goreng pisang dua ringgit sebab nak cover rasa lapar.. padahal makan roti putih tu bukan kenyang mana pun. lepas tu lapar balik. kan? goreng pisang tu lagi laaaa.

aku diet. tapi aku makan nasi. banyak mana? 1/3 cawan nasi sekali sehari. minggu pertama diet aku tak makan nasi. aku mcm korang lah, set dalam kepala, nasi is gemuk. bila aku study lagi pasal pemakanan dan diet yang seimbang baru aku paham. yang salah bukan nasi, tapi jumlah nasi yang kau makan. kalau makan nasi dua pinggan lunch, dua pinggan dinner mmg la mengundang kegemukkan. 



contoh apa yang aku makan. jangan gelakkan pinggan aku please. hihihi.




Nasi basmathi 1/3 cup
Tomyam campur ayam+sayur
tauhu lembut
jambu batu


mesti korang tanya kenapa aku pakai pinggan budak? sebab aku nak jaga portion. kebanyakkan orang ajar aku kalau nk makan nasi sikit guna pinggan kecik. tapi aku tak reti makan pinggan kecik2. nasi terabur kalah anak sedara aku yg umur setahun tu. :p sebab tu aku pakai pinggan budak. aku ajar kawan2 aku yg diet semua cari pinggan baby. part paling kecik tu kau letak nasi, yg paling besar sayur dan yg lain letak la lauk ayam ke ikan ke. ni nanti aku ajar kat entri lain. ha lagi satu, sebelum makan nasi, minum air dua gelas. nak minum lepas makan boleh tapi tunggu 30 minit - satu jam kemudian. jangan kau makan berulam air lak. buah pun makan sebelum makan nasi, bukan lepas. kenapa? nanti aku ajar lain entri. 

maka dengan itu, kekakak, beabang sekalian. tolong makan nasi. sebab nasi tu la yang bagi korang tenaga. macam mana nk workout kalau badan lemau selemau biskut tiger rendam dua saat. 

next entri aku kongsi macma mana nak kira kalori lak. so tunggu oke. (ada ke yg tunggu?) mihihihi. 


10 sebab kenapa kau nak kurus?

Assalamualaikum. hello uols!

seperti dijanjikan kita cerita pasal kurus2 je buat masa ni. mihihi.

setiap apa yang kita nak buat, mesti kena ada nawaitu. NIAT. kalau buruk niat kau, buruk lah yang kau dapat. kalau baik niat kau, in sha Allah baik juga yang kau dapat. ustajah yuyun sangat!

Kalau cerita pasal nak kurus, biasa orang punya niat nak kurus tu mesti sebab nak cantik kan? uols.. tak semua yg kurus tu cantik dan tak semua yang cantik tu kurus. sila tanam dalam diri. huuuu.

so, mulai sekarang. korang2 yang menyimpan hasrat utk turunkan berat badan tu sila ambil kertas dan pen. mohon listkan 10 sebab kenapa korang nak kurus. SEKARANG! kalau nak tunggu esok lusa, boleh juga.. tapi esok lusa punya tahun depan lah baru korang kurus. jangan salahkan hakak oke. hihihi.

10 sebab kenapa aku nak kurus. 

1. aku nak SIHAT.

sebelum kawen dlu, waktu berat badan aku meriah betul naik doctor pernah suspect aku ada kencing manis. siap aku kena puasa bagai utk datang dan buat blood test entah berapa kali. kau bayangkan, masa tu umur aku baru 24. aku plak perasaan tak gemuk sangat. bajet chubby2 comel tak memudaratkan. ceh! aku takut gila masa tu, tapi alhamdulilah berkat aku kenyit2 mata kat doc masa tu aku bebas dari diebetis.tapi... jangan sangka hujan tu turun pagi, petang tak ribut. kalau aku tak jaga betul badan aku, possibly utk aku ada kencing manis tu sangat tinggi sbb ibu aku pun salah seorg pesakit diebetis. aku nekad kali ni nak turunkan berat sebab aku takut dan sedih setiap kali tengok ibu aku kena cucuk insulin kat perut. T.T *airmata berjujurai*

2. suami ku incik husband.

alhamdulilah. aku dah 2 tahun 7 bulan jadi isteri orang. hihi. dan keindahan alam rumah tangga itu aku nikmati dengan makan, makan, masak, dan makan. lagi2 dengan title 'suri rumah 24jam' aku memang rasa sangat indah hidup dan terus terusan mengemukkan badan. kehkehkeh. berat yang biasa2 around 64-65kg waktu anak dara, bila dekat2 nak kawen dan lepas kawen terus berdesub jadi 85Kg. jyeah! saya penternak lemak berjaya. sila tepuk tangan!! tapi.. aku bersyukur sebab husband aku terima aku seredhanyaa. mau tak redha, dia pun gemuk jugak. hahaha! husband aku tak pernah paksa aku diet, paksa kuruskan badan. tapi dia risau tgk aku selalu tak sihat. jadi, dia juga antara sebab kenapa aku nak turunkan berat.

3. Oh My Baby!

siapa jelah yang kalau dah kawen tak nak anak kan? walau tak nak mcm mana pun, mesti terlintas juga nak. kan? aip! jgn tipu! macam tu jgk aku. aku banyak dengar juga cerita orang yang badan berisi dapat mengandung lepas turunkan berat badan. salah seorangnya, kakak aku sendiri. walaupun berat kakak aku tu tak sampai 60kg pun, tapi sebab bentuk badan kecik dia tu bmi dia dikira overweight. aku nampak kesungguhan kakak aku diet, jogging boleh kata setiap pagi seblum pergi keje, dan dia kurus, lepas tu mengandung... yang bestnya, sampai sekarang kakak aku kurus melidi. adik plak macam batang balak. *nangis*. Harap usaha aku ni mendatangkan hasil. 

4. alahai mak temah oi!

oke, mak temah bukan nama sebenar. watak mak temah mewakili semua memakcik yg suka betul ambil tahu hal2 kegemukkan aku. asal jumpa je, ehhhhhh gemuknyaa sekarang! ehhhhhh perut besauuuu, ngandung ke?! ehhhhhh bila nak kurus? *matajulingnaikatas* nasib baik mak temah org tua, kalau mak temah orang muda, mungkin mak temah sudah merasa tapak kaki saya di muka. kehkehkeh! korang mesti selalu rasakan, mcm aku yg kawen tak beranak2 ni, selain soalan. 'bila nak ngandung?' soalan paling laris diutarakan adalah 'kenapa makin gemuk'. boring weyyy. korang tak rasa boring ke orang asyik tanya soalan yg sama. dah2, jom kurus sama2. kita ubah keboringan soalan warga2 mak temah. kita tukar kepada 'ehhhhhhh, macam mana boleh kurus niiiiiii???!!!!!"

5. "sorry kak, tinggal size XL je, Double triple XL habis"

erm... benda biasa. asal nak shopping je. mesti tak ada size. dan yang lagi kecewa bila kau pakai size xl tapi bila kau tanya salesgirl. 'dik, ada size besar x?' dia terus cakap tinggal Xl je, double xl abes.' mihihihi. padan muka kau. sape suh tak bagitahu kau pakai xl. maybe kau takut bdk salesgirl tu pun tak percaya badan macam kau pakai xl. kehkehkeh. aku jarang shopping! sumpah! jarang sangat2. sebab aku paling menyampah bila baju yg aku suka mesti tak muat. bila dah sedap tang tangan. sempit tang badan dan begitu sebaliknya. jeles jugak tgk kawan2 yang slim melim tu shopping, baju size dieorg rm5 pun ada. T.T

6. Tak pernah kurus?

 seumur hidup ni, bila waktu kau kurus? aku? masa tadika kot. sumpah slim gile masa tu. kehkehkeh. badan aku start naik masa aku darjah 3 macacm tu, dari kecik aku dah biasa orang panggil aku gendut. aku tak pernah rasa lagi kurus kering. masa form 2 pun, berat aku 44kg tapi aku nampak gemuk. perut boroi. aku bagitahu org berat aku 44 pun org tak percaya. form 5 berat aku 56kg , masuk kolej jadi 63-64kg. masa zaman kolej dulu boleh lagi maintain berat tu, maklum la jauh dari keluarga. makan pun kena catu. dan betul2 menacanak naik masa aku praktikal. time tu tau2 dah 73-75 kg. mihihihi. dan paling berat adalah 85kg masa tahun pertama lepas kawen. sebelum aku start diet ni, berat aku 80Kg. dan setakat hari ini berat aku dah jadi 70kg. nanti aku share ye macam mana... tungguuu..

7. Lari laju lari lagi!
Walaupun badan gemuk gendut macam ni, dari dulu aku teringin sangat nak join marathon. serius teringin benarrrr. bila jogging, walau tak cukup nafas, aku selalu cuba lari sejauh mungkin utk rasakan kepoyoan ala2 bermarathon. hihihihi. lagi satu, aku nak sangat rasa bersurfing... ada ke ayat bersurfing? mihihi. bukan surfing internet. tu mmg rutin aku pun. tapi surfing kat laut tuuuu. syoknyaa weyyy. kalau gemuk2 ni nak surf mau kena gelak dengan dugong dalam laut nun. insaf hakak..

8.confident level

benda paling wajar menjadi sebab kenapa kau nak kurus. tak ramai orang badan besar dan gemuk ni confident level dia tinggi. ada tu mmg ada, tapi tak ramai. dan aku adalah salah seorang daripada yang ramai tu. confident level mmg low gilerrr. tahap kalau kau x charge hp lampu merah berkedip tanpa henti. even bila ada orang pandang pun kau rasa dia tgh monolog mengumpat pasal perut boncit kau. padahal orang tu usha awek belakang kau. cehh!

9. Nak duit. mihihihi!

ni untuk aku la ye. hehehe. sebab husband aku janji, kalau aku dapat turun berat yang aku target dia nak bagi hadiah. lepastu dia pergi tanya aku lak nak hadiah apa. tanpa pikir satu saat pun, aku terus jawab. DUIT!. hahaha. eh, jangan ingat aku mata duitan. heee. aku kan suri rumah, just ada buat part time bisnes online yang tak seberapa. tak ada income. bila laki offer something mmg la aku mtk duit, bole tambah2 duit nak shopping baju kurus nanti. ikut style aku taw! korang kena reward diri gak. kehkehkeh. harap persatuan suami2 tak kecam aku. :p

10. untuk KAU

yeszaaa! tak ada lain dah sebabnya. kalau kau buat, mesti lah untuk diri kau sendiri. tak kan kau yg nak kurus, kau nk suruh jiran kau dietkan utk kau. kalau gitu dari zaman purba dulu aku dah buat. niat utk diri kau. kau yg pilih apa yang kau nak. nak kurus? diet sihat, jaga makan dan senam sikit. nak kaya? cari duit, pandai handle finance dan kumpul aset. nak tinggi? pergi visit ig @tinggidalamsatuhari. mihihihihi. semua benda akan jadi kalau kau set kat kepala yang kau buat ni semua utk diri kau sendiri. 

oke. aku dah penat bebel. harap entri panjang lebau ni ada gunanya. janji, kita kurus sama2 ye..... :*



Sep 12, 2015

Misi Kurus. [AGAIN?]

Assalamualaikum. 

Fuh kanan! FUH!
Fuh kiri! FUH!

hamboii! bukan main bersawang belog awak oh yuyun oi. tahap kerajinan tak tercapai dek akal ke? kehkehkeh.

seriously, banyak benda yang dibuat sampai lupa ada belog. kadang2, terfikir juga, agak2 ada tak orang tunggu entri dari belog tak berfollower ni. mihhihi. tapi tak pe lah, tak ada follower pun, aku still nak kumpul kerajinan tahap maksimum utk update belog.

sebab...

ewah bersebab bagai kau kan...

sebab, misi hujung tahun 2015 aku adalah misi kurus. ada ke ye orang buat misi mcm aku? biasa org azam awal tahun, aku lak azam hujung tahun. mihihihihi. oke, misi menghapuskan lemak degil dah aku mula lepas raya hari tu.aku harap tak ada yg annoying dgn misi aku ni, sbb dr  zaman purba lagi aku dah bermisi kurus ni tapi nan ado hasilnya. haha. yang kurus cuma kuku je, tu pun sebab setiap minggu boleh potong. bayangkan kalau lemak berlipat lapan kat perut tu boleh potong pakai penyepit kuku. wahhh! indahnya dunia. pulak tu penyepit lemak ada jual kat daiso ke, mr.diy ke, kedai rm2 ke. haha. meriah hidup! murah gittew.

oke melalut.

Nak jadikan cerita, aku terasa nak rajin balik menaip sebab aku dah berjaya singkirkan beberapa ketul lemak degil dalam masa beberapa minggu ni (lebih kurang sebulan lebih). bukan nak berlagak kurus ke apa, badan aku still sama gendut, cuma ada lah rasa ringan sikit. gile tak ringan, 10KG KAU! aku sendiri pun tak sangka. mihihihi.

so mulai hari yang aku rajin ni hingga ke hari aku rajin seterusnya (doakan aku rajin. hihi) aku akan cuba kongsi tips yang bersesuaian. maybe some of healty recipes, nak buat cardio macam mana, atau info2 berguna utk kita2 yg buta ilmu kekurusan mcm aku ni. harap2 korang sudi lah sesama dgn aku. lepas tu kita share la apa yg patut dan yg tak patut simpan lah dalam diary sendiri. kehkehke.


amaran awal dan sedikit keras : 

aku tak jual ubat kurus. semua berlaku secara semulajadi. so tak payah risau. duit boleh simpan, kita shopping baju cecantik bila dah kurus nanti. kehkehkeh!

Nov 22, 2014

Lapar Sepanjang Tahun.

Assalammualaikum. (tak jawab dosa!)

Sekarang jam 3:02 a.m. Ikut jam aku la ye, kalau ikut jam korang sendiri pergi tengok. Hee. Kenapa sudah 3 pagi masih belum tidur? Insomnia ke aku? Eh tidak.. Hanya lapoooo. (slang orang johooo).

Like seriouslyyyyy, kenapa rasa lapar setiap kali berusaha nak tidur? Patut la bila baca tips2 kurus kat majalah tidur tu boleh kurus. Tak silap tidur pun boleh bakau lemaks uols. Ni tak, selagi tak tidur selagi tu nak makan atau lebih tepatnya tak kan tidur kalau x makan.

Apa boleh buat, gastrik. Tu yang kena makan. Sebab tu gemuk sepanjang tahun. Kira bukan salah aku la kan? Hahaha.

Monolog : sedang makan biskut. Hewhewhew.