nuffnang ads

Jan 20, 2014

MUST WATCH! : The Return Of Superman @KBS



Hi korang! 
                 
               Bagaimana denga hari minggu kalian? Mesti ramai yang keluar jejalan kan bersama orang2 tersayang. Hari ni news feed facebook aku dipenuhi dengan gambar2 orang bercuti terutama ke langkawi. Ada apa2 pesta ke kat langkawi la ni.. nak kata ada LIMA rasa macam lama je lagi.. ke ada pesta berebut beli coklat? Hehe. Aku? Ermm. Seperti biasa. Hari ahad tak ada bezanya untuk aku. Sampai kekadang hari pun aku lupa hari apa.
                
                Oke bebalik kepada tajuk entri. Entri kali ni untuk mereka2 yang kaki cerita korea saja ye, yang tak berapa nak kaki tu mohon duduk diam2. Ngeeeeh. Yang kaki channel kbs 391@393 korang tengok tak rancangan The Return of Superman? Ni bukan cerita man of steel tawwww.. hehehe
                  
                The Return of Superman ni rancangan variety show yang memaparkan life selama dua hari empat orang celebrity korea menjaga anak memasing. Isteri deme terpaksa dimansuhkan dari rancangan itu. Hehehe. Maka deme2 ni akan menjaga sendiri anak2 deme tu.

                 
                One of celebrity tu, adalah seorang peninju MMA wakil Korea. Anak beliau terlampau lah comel kuasa empat belas. Dia punya kecomelan sampai aku buat pic anak dia sebagai wallpaper tab. Hehe. Gile! Nama anak dia ialah CHOO SARANG. Kepada kaki korea sure korang tau kan sarang tu maksudnya apa. SARANG tu maksudnya CINTA uols. Sweet sgt. Tapi sarang ni stay kat Jepun. Mak dia pun orang jepun. So dia tak berapa nak korea sgt lah
                                                          curi dari Google : Choo Sarang
               
                 Selain daripada choo sung hoon dan anak beliau, sarang. Tiga orang celebrity lagi ada lah
 
                                      Rappers terkenal korea, Tablo dan anaknya Lee Haru
                             
                                            Entertainer/MC  Lee Hwi Jae(dan kembor beliau
 

                                                             Jang Hyun Sung dan anak2nya
 

Jemput buka Tv setiap hari AHAD, jam 4:00 PTG di channel KBS WORLD 391 @ 392 utk HD.

 
Sekian. :)

Jan 18, 2014

BR1M 2014

Hi uols. :)

 Hari ni aku nak share pasal benda yang tengah in bila masuk tahun 2014. apa lagi kalau bukan BR1M. ngeeeehhh. bebaru ni aku sering dihujani dengan soalan tentang br1m terutama dari org terdekat aku. contoh adalah lah kakak ipar aku. sibuk sgt dia dengan duit br1m ni. plus dia nak kemas kini sebab nak letak bapa mertua aku dibawah tanggungannya.

cerita pasal br1m ni teringat tahun 2012 which is adalah tahun pertama br1m diperkenalkan untuk orang bujang. berpusu2 juga lah sahabat sekalian yang bujang trang tang tang mohon. alhamdulilah. tapi aku tak mohon pun. aku pun tak pasti kenapa aku tak mohon sedang kan masa tuh aku masih seorang bujang yang cuma makan gaji ambil gambar kawen orang. dan hasil amek gambar orang itu juga lah dapat aku kawen dengan jayanya. hahaha. lari tajuk dah!

oke. ramai yang tanya aku pasal br1m ni sbb start this year br1m akan dimasukkan terus ke acc bank korang. so sesiapa yg dah penah mohon dulu uols just kena update atau bahasa melayunya KEMAS KINI no acc korang. boleh kemas kini kat SINI
*boleh update sekali je tau, so update betul2*

pada uols yang dah penah dapat sebelum ni tapi uols baru kawen atau pun nak tambah ahli tanggungan, korang kena pergi ke opis HASIL yang berhampiran. sebab uols kena isi borang lain.

perlu diingat, jangan lupa untuk pastikan no acc bank korang tu bertul2, kang salah masuk acc orang lain menages pulak x dapat br1m. kehkehkeh. gurau je uols.

Nah aku letak sekali syarat2 pemohonan Br1m.

  •   Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
       (i)       Warganegara Malaysia
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
                  bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

  •   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
       
  •   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

  •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014.



hopefuly dapat  membantu ye. sekian.


Yuyun?

Assalamualaikum. :) kehkeh. dandan bagi salam.


         Yuyun?
     memang nama awak ke?
         Yuyun?
     orang mana?
          Yuyun?
     nama betul awak ke?

Haaa. itu lah antara dialog yang selalu aku dapat dari orang yang baru kenal atau lebih tepat yang baru tahu nama aku. macam pelik sangat je nama YUYUN tu. padahal ramai je yang aku kenal nama dieorg yuyun juga. tak kira lah nama betul atau nama manja dieorg.agak2 dieorg menimpa soalan yang sama tak macam aku? korang pulak macam mana? biasa atau tidak dengan nama YUYUN?

Tapi dalam banyak2 soalan pasal kepelikkan orang dengan nama aku, soalan yang macam payah sikit aku nak terima adalah.........

              Yuyun?
       Awak anak cina ke?  

HAHAHA! jom gelak sesama.

pelik bin ajaib. tang mana yang dieorg rasa aku anak cina? nak kata putih glowing2 ala2 korea? nak juga korea. ngehngeh, jauh sekali. nak kata mata sepet?


scary gile kalau begini sepet nya... hahahaha.

saya cuma seorang anak kacukan jawa+bugis+melayu. orangnya hitam manis, mata mungkin kecik tetapi tidak sepet. diharap orang yang selalu tanya aku.. cina ke? melihat aku dengan lebih tulus dan ikhlas. ngeeeh. anak jawa je kak nonnn oii. dan nama yuyun itu cuma satu nama biasa yang aku petik sedikit dari nama penuh pemberian orang tua. nak tahu nama sebenar? tunggu lain entri. ngehhhh.... sekian.


Jan 17, 2014

Incik Google yang budiman.

Hi peeps! ;)

Musim mengawan antara yuyun dan belog sedang bermula. sangat rancak mereka mengawan. haha. semoga episode mengawan mereka direstui ramai dan berterusan hingga hujung nyawa. ngeeeeh. tinggi harapan aku. nak mengawan secara berterus terusan adalah sesuatu yang payah. ye PAYAH! 

walau pun memegang status FULL TIME HOUSE-WIFE yang berjaya itu tidak membawa makna yang aku ada masa yang terlalu banyak untuk dibazirkan depan lappy dan merepek meraban. 

sekarang ni aku sedang proses mebaik pulih belog oh yuyun ni ikut kemampuan akal dan kecerdikkan aku dalam ilmu blogger. tak semua aku reti uols. ada juga yang terpaksa aku merajinkan diri baca tutorial orang pasal belog ni. malu bertanya kan sesat jalan. walaupun kau tak tanya kat tuan belog yang buat tutor tu. kau masih juga bertanya pada incik google yang budiman bukan? jadi jangan malu bertanya, nanti sesat belog kau dibuatnya. kehkehkeh.

atas jasa baik incik google sikit2 benda boleh kita buat. tapi dalam hidup YUYUN itu sendiri, semua benda perlu ada INCIK GOOGLE. betapa berjasa nya incik google kepada aku. kalau tiada dia separuh nafas aku bagai dicuri dan dibawa lari jauh ke korea. haha. kenapa mesti korea???? ohh.. mungkin dengan harapan KIM TAN dapat mennyelamatkannya. merepek! 

APA?? tak kenal KIM TAN??! pegi tanya incik google. sebab iols malas nak tolong google kan. hehehe. 

"dengan ini saya isytiharkan bahawasanya saya, oh yuyun sgt lah obses dengan incik Google tercinta. sekian."




Jan 16, 2014

Cinta baboon budak sekolah. Edisi 2014.

Hi peeps! ;)

2014 dah berminggu tiba. Pejam celik pejam balik semua nya berlalu dengan pantas berdesub. Ayooyoyo ada antara kita yg sibuk nak cepat masa berlalu, ada pulak nak melambatkan masa. Harap maaf lah ye cik hakak semua, masa xde masa nak layan korang. Baik korang pepandai arrange dia.

Eh, tajuk entri xde kena mengena dengan intro.

Nih ha nak story morry pasai budak budak laaaa niiieee! Huh stress disitu ye. Budak2 zaman media soSIAL yang tersangat lah advance dan celik it. Ngerii kekadang bile dipikiorkan. Naik botak hakak dik nonnn oi.

Menjadi kakak kepada dua buah adik yg still sekolah menengah sangat lah merunsingkan minda dan jiwa lara. Baru aku paham rasanya perasaan jadi ibu dan ayah. T.T *tetibe feeling sambil dgr lagu sudirman. Ayah dan ibu... Ayah dan ibu.. Itu lah permulaan kamiii.. *kesat idong*. Tsk.. Tsk.. Berat rupanya..

Adik aku yang bongsu baru aje masuk form 1 tahun ni. sebab kan ibu ayah aku tak rela berjauhan dgn anak bongsu dia tu. Maka adik aku just sek men yg berdekatan aje. So, bile masuk sek men ni aku agak lah risau.. Risau bebenor. Takut dgn pujukan rakan sebaya dan gangguan baboon jantan senior yg bajet2 hot versi rempit. Ahaks.

     Dan kerisauan aku itu sudah menjadi kenyataan..

Budak ni post kat wall adik aku. Dan dengan pantas nya aku pun sound setepek seperti di atas. Siap mintak maaf lg uols. Bajet aku boleh restu ke hape ni? Harapan lah dikk oii. Hahaha. Dan pagi ini.. Friend request fb aku dipenuhi dgn kawan2 budak lelaki ini. Apakah hajat mereka? Mungkin juga wakil bagi pihak berwajib yg kena sound itu. Haha. Harap maaf adik, request anda tidak sama sekali dilayan. Tolong jawab spm dlu ye. Janji kena jawab dgn cemerlang dan terbilang lah ye. Semakin maju dan canggih dunia ni, semakin lain macam perangai bebudak sekarang. Jadi itu lah peribahasa kita utk hari ini. Sekian.

Diet. Erk?

Hi.

Tibe2 satu tengahari aku dapat idea. Idea yang entah berapa ribu kali datang lepas tu hilang macam tu je. Hilang macam bile kau korek hidung, gentil2 pastu toinkk! Hahaha. Selebet gile. Aku dapat idea bernas untuk kurus. Eh bukan. Idea untuk kurangkan berat badan. Hakikatnya sama je idea tu.

Serius, sape xnak kurus? Sape xnak ringan badannya. kalau kau angkat tangan kau lah penipu paling berjaya dalam planet ni. Kehkeh. Bila dah dapat idea, benda paling pantas aku dapat buat ialah GOOGLE. Buat apa yg patut, baca mana yg perlu. Tapi.. Yang lawaknya baca pasal diet atkins sambil makan coklat. Pejadah kau? Hahaha. Haruu betul.

Nak dijadikan cerita, dulu aku pernah kurus. Eh tak. Kurus tu tipu. Maksud nya aku pernah kecik sikit lah dari sekarang. Sekarang besar gabak. Mungkin dipengaruhi dgn title surirumah sepenuhmasa. Padahal baru setahun kawen. Ngehhh.

Lemak kat badan ni berkumpul dengan sangat aktif. Makin lama makin kembang dan kembang dan kembang. Mungkin sebab itu juga aku belum punya rezeki zuriat. Oh sedih.. Ermm. Tapi xpe, aku positive. In sha Allah ada rezeki aku. Jadi, tolong doakan idea aku tak jadi taik hidung yang toink toink! Hahaha. Aminnnnn.

Nota hidung : semoga diberi peluang. Semoga!

Jan 9, 2014

Bila lah nak RAJIN?

aishhh.

sendiri soal, sendiri jawab.

bila entah nak rajin. memanjang malas. nak buat itu malas, nak buat ini malas. sudahnya satu apa pun tak buat. sudahnya semua benda pun tak jadi. 

benda paling malas?

ofcos lah update belog. plus.. ni kan belog baru haruslah xde followers dan pembaca. makanya jom lah membebel sesorang. huahuahua!

before ni aku ada belog, tapi bukan belog harian macam ni. so since aku dah berjawatan "FULL TIME HOUSEWIFE" aku mmg nak sgt bikin belog harian mcm diary ni. just sesaja nak membebel. belog yg aku ada sekrang lebih kepada tempat aku meluah rasa dengan ayat yang lebih puitis. lebih berlenggang lenggok dan lebih mencarut. maklum lah belog masa bujang.. lah ni dah jadi bini maka tutur kata harus bijak di susun.

chewah!


aku tak harap apa2 pun pada belog aku ni. tak harap ramai followers, tak harap ramai yang baca, tak harap orang bagi duit. eh? #tetibe. cuma satu je! serius! satu je harapan besar aku..

iaitu...

RAJIN UPDATE BELOG!

doa kan aku ye. aminnnn.