Hari ni aku nak share pasal benda yang tengah in bila masuk tahun 2014. apa lagi kalau bukan BR1M. ngeeeehhh. bebaru ni aku sering dihujani dengan soalan tentang br1m terutama dari org terdekat aku. contoh adalah lah kakak ipar aku. sibuk sgt dia dengan duit br1m ni. plus dia nak kemas kini sebab nak letak bapa mertua aku dibawah tanggungannya.
cerita pasal br1m ni teringat tahun 2012 which is adalah tahun pertama br1m diperkenalkan untuk orang bujang. berpusu2 juga lah sahabat sekalian yang bujang trang tang tang mohon. alhamdulilah. tapi aku tak mohon pun. aku pun tak pasti kenapa aku tak mohon sedang kan masa tuh aku masih seorang bujang yang cuma makan gaji ambil gambar kawen orang. dan hasil amek gambar orang itu juga lah dapat aku kawen dengan jayanya. hahaha. lari tajuk dah!
oke. ramai yang tanya aku pasal br1m ni sbb start this year br1m akan dimasukkan terus ke acc bank korang. so sesiapa yg dah penah mohon dulu uols just kena update atau bahasa melayunya KEMAS KINI no acc korang. boleh kemas kini kat SINI
*boleh update sekali je tau, so update betul2*
pada uols yang dah penah dapat sebelum ni tapi uols baru kawen atau pun nak tambah ahli tanggungan, korang kena pergi ke opis HASIL yang berhampiran. sebab uols kena isi borang lain.
perlu diingat, jangan lupa untuk pastikan no acc bank korang tu bertul2, kang salah masuk acc orang lain menages pulak x dapat br1m. kehkehkeh. gurau je uols.
Nah aku letak sekali syarat2 pemohonan Br1m.
• Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
(i) Warganegara Malaysia
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
(iv) Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
• Sila kemukakan salinan:
(i) MyKad bagi pemohon; dan
(ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
• Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
• Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014.
hopefuly dapat membantu ye. sekian.
No comments:
Post a Comment